Pautan HTML

HTML menggunakan pautan untuk berhubung antara dokumen – dokumen dalam laman web.

Tag Anchor dan atribut Href

HTML menggunakan tag <a> (anchor) untuk membina pautan ke dokumen lain.

Pautan boleh ditujukan ke mana – mana sumber dalam laman web, sama ada dokumen HTML, imej, fail bunyi, video dan sebagainya.

Contoh kod untuk membina satu pautan :

<a href=”pautan”>Teks untuk dipaparkan</a>

Tag <a> digunakan untuk mencipta pautan ke dokumen lain. Atribut href memberitahu kemana dokumen akan dipautkan. Manakala teks di antara tag pembuka dan penutup tag anchor akan dipaparkan sebagai pautan.

Pautan berikut akan membawa anda ke laman web Od3n (dot) Com

<a href=”http://od3n.com/”>Od3n (dot) Com</a>

Kod di atas akan dipaparkan seperti berikut dalam pelayar web

Od3n (dot) Com

Atribut Target

Dengan atribut target, anda boleh tetapkan di mana dokumen HTML yang anda pautkan akan dibuka.

Kod di bawah akan membuka dokumen HTML anda dalam tetingkap pelayar web baru :

<a href=”http://od3n.com/” target=”_blank”>Od3n (dot) Com</a>


Tag Anchor dan Atribut Name

Atribut name boleh digunakan untuk membina pautan bernama. Apabila menggunakan pautan bernama, anda akan dibawa terus ke bahagian tersebut tanpa perlu mencari.

Kod untuk pautan bernama adalah seperti berikut :

<a name=”label”>Teks untuk dipaparkan</a>

Entiti HTML

Entiti Aksara HTML

Beberapa aksara seperti aksara < mempunyai satu makna khas dalam HTML dan oleh itu ia tidak boleh digunakan dalam teks.

Untuk memaparkan tanda lebih kurang daripada (<) dalam HTML, kita akan mengguna satu entiti aksara.

Entiti Aksara

Terdapat beberapa aksara yang mempunyai makna khas dalam HTML, seperti tanda lebih kurang daripada (<) yang membawa maksud permulaaan satu tag HTML. Sekiranya kita mahu pelayar web memaparkan aksara tersebut tanpa sebarang masalah, entiti aksara itu hendaklah digunakan dalam sumber HTML dan bukannya aksara tersebut.

Satu entiti aksara mengandungi tiga bahagian : tanda &, nama entiti atau tanda # beserta nombor entiti, dan satu koma bertitik (;) sebagai penutup.

Untuk memaparkan tanda lebih kurang daripada (<) dalam HTML, kita perlu menulis &lt; atau &#60;

Kelebihan menggunakan nama entiti berbanding nombor entiti adalah kerana ia lebih mudah untuk diingat. Walau bagaimanapun, tidak semua pelayar web menyokong penggunaan nama-nama entiti terbaru berbanding penggunaan nombor entiti yang mana adalah sangat baik dalam hampir kesemua pelayar web.

Nota : Entiti adalah sensitif kepada huruf.

Ruang Kosong

Entiti Aksara yang kerap digunakan adalah ruang kosong.

Kebiasaannya, HTML akan mengabaikan ruang – ruang kosong dalam teks anda. Katakan anda menulis 10 ruang kosong dalam teks tersebut, HTML akan mengabaikan 9 ruang kosong yang lain. Untuk memasukkan ruang kosong ke dalam teks anda, gunakan entiti aksara &nbsp;.

Entiti – entiti Aksara yang kerap digunakan :

Keputusan Penerangan Nama Entiti Nombor Entiti
  ruang kosong &nbsp; &#160;
< lebih kurang daripada &lt; &#60;
> lebih besar daripada &gt; &#62;
& ampersand &amp; &#38;
" tanda quote &quot; &#34;
apostrophe  &apos; (tidak berjalan dalam IE) &#39;

Entiti – entiti Aksara lain yang kerap digunakan :

Keputusan Penerangan Nama Entiti Nombor Entiti
¢ cent &cent; &#162;
£ pound &pound; &#163;
¥ yen &yen; &#165;
euro &euro; &#8364;
§ section &sect; &#167;
© copyright &copy; &#169;
® registered trademark &reg; &#174;
× multiplication &times; &#215;
÷ division &divide; &#247;

Format HTML

Format Teks HTML

HTML mengandungi pelbagai elemen untuk menghasilkan pelbagai output, seperti teks tebal atau teks condong.

Bagaimana Melihat Kod Sumber HTML
Anda pasti pernah melihat sebuah laman web dan tertanya "Bagaimana mereka menghasilkannya?"
Untuk melihat kod sumber tersebut, klik pada menu VIEW pada pelayar web anda dan pilih SOURCE atau PAGE SOURCE. Satu tetingkap akan terpapar dengan kod sumber dokumen HTML anda.

Tag Format Teks

Tag Penerangan
<b> Mentakrifkan teks tebal
<big> Mentakrifkan teks bersaiz besar
<em> Mentakrifkan teks yang ditekankan 
<i> Mentakrifkan teks condong
<small> Mentakrifkan teks bersaiz kecil
<strong> Mentakrifkan teks tebal
<sub> Mentakrifkan teks subscripted
<sup> Mentakrifkan teks superscripted
<ins> Mentakrifkan teks inserted
<del> Mentakrifkan teks deleted
<s> Deprecated. Gunakan <del>
<strike> Deprecated. Gunakan <del>
<u> Deprecated. Gunakan style

Tag "Output Komputer"

Tag Penerangan
<code> Mentakrifkan teks kod komputer
<kbd> Mentakrifkan kod papan kekunci 
<samp> Mentakrifkan kod komputer contoh
<tt> Mentakrifkan teks teletype
<var> Mentakrifkan pemboleh ubah
<pre> Mentakrikan teks praformat
<listing> Deprecated. Gunakan <pre>
<plaintext> Deprecated. Gunakan <pre>
<xmp> Deprecated. Gunakan <pre>

Tag Definisi dan Petikan

Tag Penerangan
<abbr> Mentakrifkan kependekan perkataan
<acronym> Mentakrifkan akronim
<address> Mentakrifkan elemen alamat
<bdo> Mentakrifkan arah teks
<blockquote> Mentakrifkan petikan panjang
<q> Mentakrifkan petikan pendek
<cite> Mentakrifkan petikan
<dfn> Mentakrifkan definisi perkataan