Entiti HTML
Entiti Aksara HTML
Beberapa aksara seperti aksara < mempunyai satu makna khas dalam HTML dan oleh itu ia tidak boleh digunakan dalam teks.
Untuk memaparkan tanda lebih kurang daripada (<) dalam HTML, kita akan mengguna satu entiti aksara.
Entiti Aksara
Terdapat beberapa aksara yang mempunyai makna khas dalam HTML, seperti tanda lebih kurang daripada (<) yang membawa maksud permulaaan satu tag HTML. Sekiranya kita mahu pelayar web memaparkan aksara tersebut tanpa sebarang masalah, entiti aksara itu hendaklah digunakan dalam sumber HTML dan bukannya aksara tersebut.
Satu entiti aksara mengandungi tiga bahagian : tanda &, nama entiti atau tanda # beserta nombor entiti, dan satu koma bertitik (;) sebagai penutup.
Untuk memaparkan tanda lebih kurang daripada (<) dalam HTML, kita perlu menulis < atau <
Kelebihan menggunakan nama entiti berbanding nombor entiti adalah kerana ia lebih mudah untuk diingat. Walau bagaimanapun, tidak semua pelayar web menyokong penggunaan nama-nama entiti terbaru berbanding penggunaan nombor entiti yang mana adalah sangat baik dalam hampir kesemua pelayar web.
Nota : Entiti adalah sensitif kepada huruf.
Ruang Kosong
Entiti Aksara yang kerap digunakan adalah ruang kosong.
Kebiasaannya, HTML akan mengabaikan ruang – ruang kosong dalam teks anda. Katakan anda menulis 10 ruang kosong dalam teks tersebut, HTML akan mengabaikan 9 ruang kosong yang lain. Untuk memasukkan ruang kosong ke dalam teks anda, gunakan entiti aksara .
Entiti – entiti Aksara yang kerap digunakan :
| Keputusan | Penerangan | Nama Entiti | Nombor Entiti |
|---|---|---|---|
| ruang kosong | |   | |
| < | lebih kurang daripada | < | < |
| > | lebih besar daripada | > | > |
| & | ampersand | & | & |
| " | tanda quote | " | " |
| ‘ | apostrophe | ' (tidak berjalan dalam IE) | ' |
Entiti – entiti Aksara lain yang kerap digunakan :
| Keputusan | Penerangan | Nama Entiti | Nombor Entiti |
|---|---|---|---|
| ¢ | cent | ¢ | ¢ |
| £ | pound | £ | £ |
| ¥ | yen | ¥ | ¥ |
| € | euro | € | € |
| § | section | § | § |
| © | copyright | © | © |
| ® | registered trademark | ® | ® |
| × | multiplication | × | × |
| ÷ | division | ÷ | ÷ |